Wednesday, April 29, 2009


lagi dari bestnyer racket club

BESTNYER RACKET CLUB


Selamat datang kepada semua.


Di blog ini, segala aktiviti berkenaan kelab akan dapat di access oleh semua members. semua ahli digalakkan untuk memberi idea berkenaan kelab untuk memajukan lagi keglameran dan kehenseman, tidak termasuk keayuan dan keanggunan certified members.


BESTNYER RACKET CLUB adalah idea dari sesetengah senior members, yang merasakan aktiviti badminton untuk beriadah bersama rakan sebaya (mahupun yg bukan lagi sebaya) adalah salah satu cara untuk merapatkan lagi silaturrahim yang terjalin di IRC dalnet #bestnyer. Selain dapat bertemu dan bergossip (saya tidak! :p), ahli juga dapat bertukar2 fikiran tentang segala macam perkara terutama mengenai raket siapa yang patah dulu (monsty menang walaupun dato mansor telah membeli raket baru kerana raket asalnya patah ketika restring, tapi itu tak kira pasal bukan patah ketika main), raket idaman (kalaulah dapat beli armotec ke..nanospeed ke..baru macam chong wei) Itu adalah antara perkara menarik yang selalu dibincangkan, macam perbincangan di dewan parlimen la lebih kurang.
Tapi, yang paling penting adalah keakraban dan peluang untuk mengeluarkan peluh untuk kita yang bekerja di dalam ekon (saya tidak! lagi sekali). Mungkin satu hari nanti ada antara kita yang akan menjadi pemain badminton wakil Malaysia dalam sukan Olympus. HAHAHAHA


Ahli boleh mengikuti perkembangan kelab, jadual permainan, tempat dan masa, perkara hangat ketika bermain (:p) atau apa-apa hal sekalipun, yang akan dipost dari masa ke semasa.


Sekian, Wassalam.