Tuesday, May 26, 2009

PERHATIAN SEMUA AHLI KELAB BRC

!!Berita TERKINI!!

Ampang Sports Planet tidak mampu menyediakan court untuk BRC sepanjang bulan June 2009 kerana terdapat booking besar-besaran dari satu badan sukan yang mengadakan tournement, yang akan berlangsung bermula jam 7 mlm. Booking ini mengambil hampir keseluruhan court sepanjang bulan dan seterusnya menjejaskan game plan BRC sepanjang bulan. Mungkin juga kerana angin2 gila badminton bermula setelah tamatnya EPL musim ini. Berita syahdu ini saya baru je dpt tahu ketika ingin membuat tempahan court seperti biasa di Ampang Sports Planet.

Dengan itu, saya menyarankan BRC membuat meeting kelab pada 30 Mei 2009, untuk penyusunan jadual permainan kelab. Cadangan adalah terbuka kepada ahli kelab berbayar sahaja. Bukan ahli kelab yang tak main badminton, tak yah la gatal2 nak bagi cadangan yg lawak2 jenaka. Hampeh je semua tu...

Meeting Bestnyer Racket Club akan diadakan pada 30 Mei 2009, selepas game di Wangsa Maju.

Sehubungan dengan ini, laporan perlawanan untuk hari ini, Selasa 26 Mei 2009 adalah dibatalkan dan keseluruhan keputusan perlawanan adalah dianggap terbatal dengan sendirinya.

sekian, Yang Menjalankan Tugas

monsty

Majulah Sukan Untuk BESTNYER RACKET CLUB

honey mencadangkan : convert semua game kepada sabtu di wangsa maju. Hours of play tetap sama seperti sedia kala

Saturday, May 23, 2009

SABTU, 23 MEI 2009

Salam semua...
game kali ini disertai oleh ramai pemain jemputan. Antara pemain jemputan yg hadir menjemputkan diri adalah Reza7 bersama pasangan, dan kakak berangkat kepada kak nitta (lupo lak den namo akak tu apo, tau dio org pasir mas je)

zam B juga hadir, setelah balik kuala lipis tempoh hari. jangkkan bahawa beliau balik kampung kerana mencari tangkal kuat ternyata sedikit meleset, kerana dia balik kampung sebenonya melawat mak dia yg dimasukkan ke dlm wad kerana serangan darah tinggi. Jadi sama2 lah kita mendoakan kesihatan mak beliau agar bertambah sihat.

keputusan perlawanan tidak berada di tangan saya, yang penting saya menang semua perlawanan saya. (agak nye la kot...ke..saya kalah satu game eh?) hahahahahahhahah!
maaf ler....kalau kalah pun patut sebab saya memang bari kemenangan kepada lawan hari ni. bagi pihak lawan suker......(biasa la alasan bila time kalah)

lepas badminton, kesemua pemain telah berkumpul di poco-poco untuk makan! makan adalah perkara paling utama kepada para pemain setelah bertungkus lumus bermain dan ketawa. dato mansor seperti biasa adalah juara dalam bab makan pada malam ini.

Kemuadian, upacara sidang karaoke pula menjelma. mansor dan honey menunjukkan mutu suara yang mentakjubkan...sampai honey mendapat siulan kedamaian dari akak2 askar yg ada kat restoran situ. adalah disyaki bahwa ada isyarat2 mau tukar2 nombor tepon tu! dan rupa2 nya, Zam B mempunyai mutu suara yang enak di sumbangkan, dan telah dengan secara rasminya akan dipanggil ZAM SPIDER plak lepas ni.

Bestnyer Racket club juga akan membuat kutipan sebanyak RM5 seorang untuk tujuan membeli hadiah kepada rakan yang nak kawin hujung bulan ni. Duit sumbangan akan dikutip pada sessi 30 Mei 2009 dan harus diserahkan kepada kak nitta, selaku penyumbang mahram utama hal nikah kawin ni. Sesiapa yang ingin memberi sumbangan, sila hubungi monsty atau nitta_68 di #bestnyer dalnet. (members to Bestnyer Racket Club adalah wajib menyumbang, kalau tak sumbing...)

Sekian, majulah sukan untuk bestnyer racket club.

Wednesday, May 20, 2009

Selasa, 19 Mei 2009

Laporan pada hari Selasa tempoh hari telah tidak diupdate kerana moderator yang telah terbusy dengan kerja2 yang amat banyak. Tetapi laporan hari selasa akan tetap menemui anda sekalian.

Berita Utama
Zam B telah takut dan balik kampung lagi sekali, kali ini ke Pahang. Adalah amat diyakini, tujuan beliau pergi ke Pahang adalah untuk mencari tangkal2 mujarab dalam usaha untuk mengalahkan pasangan TOP freemen - monsty yang sudah memegang tampuk kejuaraan selama 2 minggu. Pasangan yang hanya kalah sekali ini (pada mula2 series) ini telah berjaya mengekalkan kehenseman dan kejaguhan baik di gelanggang hijau atau parquet.

Disebabkan pada selasa lepas zam B takde, makan monsty telah dengan rela hati berpasangan dengan zam K dan telah berjaya mengungguli kesemua perlawanan melibatkan bergu lelaki. Bila nak main bergu campuran yg last tu plak lampu secara dengki telah ditutup. Alasan kerana masa dah time. Ye ke? Atau itu adalah strategi para pemain untuk memerangkap keadaan mata pemain2 yang rabun iaitu honey_jzi?

Lain2, Eirya juga telah menunjukkan satu mutu permainan dengan gaya dan keunggulan dalam perlawanan bergu campuran bersama dato mansor. Kool, macam biasalah, kalah la gamaknya. (maaf, saya dah lupa la result sebenar, jadi kira boleh la ekk...)

syina, atau doremon wanita juga merangkap jurufoto bertauliah telah menagkap gambar rama-rama dengan banyaknya. selain itu adalah juga gambar2 pemain sikit. boleh la....kita tgk la pic2 tu bila saya berjaya upload pic tersebut ok. maklumlah, saya ni baru je dlm bidang penyiaran blog ni. lom pas peksa lagi la..

sekian, majulah moderator sebagai blogger.
jumpa lagi hari sabtu ni~~~!

Saturday, May 16, 2009

BERITA SENSASI EPL

Man Utd telah berjaya merangkul piala EPL lagi sekali pada tahun ini apabila berjaya mendapat satu mata dari perlawanan menentang Arsengal di Old Trafford malam tadi apabila kedua pasukan seri 0-0. Perlawanan ini lebih dikenali sebagai perlawanan main-main kerana pemain2 United lebih berhati2 dengan kecederaan daripada bermain bersungguh2. Mereka tahu, walau tak menang pun boleh jadi champ dah. Begitulah kelembikkan LiverFOOL yang sebenarnya hanya mampu cakap2 besar je, terutama sejak menang 4-1 di old trafford tempoh hari. Ingat, liga sememangnya 38 games, bukan 1 game menang besar dah menang piala. Mimpilah LIVERfool!! Skang dah sama kejuaraan dengan 18 a piece. Adalah amat dijangka, United akan merampas gelaran pemenang terbanyak dan pasukan paling berjaya di ENGLAND dari segi kemenangan liga dari liverFOOL selepas ini.

Sekian, GLORY GLORY MAN UTD~~!

LAPORAN, SABTU 16 MEI 2009

Pertandingan Piala Thermos telah mula diadakan untuk meraikan kegemilangan sukan badminton dikalangan peminat2 sukan ini sejak 30 tahun dulu. Hanya setelah lama terpendam, pertandingan ini telah dipopularkan semula oleh sekumpulan chatter dari #bestnyer dalnet, dengan tujuan untuk mengharumkan nama negara, juga mengharumkan nama masing2.

Hari ini, game berjalan seperti biasa tanpa sebarang kejutan mahupun kejutan elektrik. Perlawanan-perlawanan genting dan gentar (juga menyesakkan nafas) telah berlangsung tanpa segan silu. Berikut adalah keputusan2 perlawanan dan juga laporan yang amatlah sejujurnya.

Kool - Honey vs dato mansor - Eirya
perlawanan ini telah berlangsung amat sengit dan sengat sehingga berlarutan 3 set. Pasangan Kool - honey yang menang set pertama dengan bangganya mentertawakan pasangan dato mansor - eirya. Tetapi dengan kesungguhan dan kegedikkan eirya, 2 set berikutnya telah berjaya dimenangi oleh mansor - eirya, dan meruntuhkan tembok besar kool - honey yang pada mulanya tampak garang di gelanggang. Keputusan penuh, 17 - 21, 21 - 16, 21 - 12. Oleh yang sedemikian, bergu campuran ini telah mendapat keputusan yang tidak dijangka sama sekali kerana kool merupakan seorang pemain golf yang handal.

Sekarang, kita masuk pula kepada perlawanan bergu lelaki antara pasangan old timer kita, freemen - monsty menentang kaver2 - jibam. kali ini kaver2 memilih jibam sebagai pasangan kerana pasangan biasanya, iaitu zam B telah takut dan balik kampung. (alasan je tu...sebenarnya takut.. wakakakakak) Perlawanan ini telah berlangsung selama lebih 3 jam ( macam main golf la pulok) dan seperti perlawanan2 terdahulu, juga telah berlangsung selama 3 set. Pada set pertama, kaver2 -jibam telah mendahului 18 - 13 pada satu masa. tetapi dengan kepakaran dan kesungguhan jitu freemen - monsty yang tidak rela berputih mata di set pertama, maka mata demi mata berjaya dikutip sehingga memaksa mata deuce. setelah berhempas pulas dan menghempas badan, freemen - monsty menang dengan 26 - 24.

Di set kedua pula...freemen - monsty bermain dengan bersahaja untuk menyimpan tenaga, juga untuk memberi peluang kepada kaver2 - jibam menang. akhirnya dengan penuh bergaya freemen - monsty tewas dengan 16 - 21. Ini juga disebabkan kaver2 telah menjampi reket beliau dengan serapah2 yang aneh. Bahaya sungguh ni....wkakakakakakakaka

set penentuan berlangsung dalam suasana penuh gegak gempita dengan sorakan penyokong2 Man Utd yang menyaksikan perlawanan Man Utd - Arsenal di stadium berdekatan (Old Trafford). Kejar mengejar mata berlaku sepanjang set penentuan ini dengan kedua2 pasangan tidak mmebenarkan lawan meninggalkan jauh. Mata kemuadiannya berlanjutan sehingga mata deuce lagi sekali dan setelah bertukar2 servis, freemen - monsty berjaya menang dengan 26 - 24 dan seterusnya mengungguli perlawanan akhir kali ini. (Mcm minggu lepas gak)

Antara sebab kekalahan (ni kaver2 yg bagi alasan ketika temuramah selepas perlawanan) adalah kerana tangkal hitam yang selalu dipakai ketika perlawanan telah tertinggal di rumah. Itulah yang menjadi penyebab utama kekalahan beliau. Walaupun alasan ni serba takleh pakai tapi boleh la ....kalau dia menang lain kali...aku ckp la tangkal punya pasal. hahahaha

Lain-lain keputusan
mansor - eirya vs honey - nitta
perlawanan ini sebenarnya susah nak dikategorikan kerana mansor sekali tgk mcm lelaki, tapi boleh plak dia lawan bergu wanita ni. hmmm....pelik jugak ni. walau bagaimanapun, pasangan mansor - eirya telah menang dengan 21 - 17 dan melengkap malam kekalahan buat honey. Honey pada perlawanan kali ini takde menang, kalah je. kena lebih berusaha lagi ni. Takper..moderator tetap sayangkan anda honey. Wakakakakakkaa

freemen - monsty vs jibam - kool
freemen - monsty menang dengan 21 - 16. tanak la kira sangat, pasal lawan kool. kalau kalah lawan kool, malu wehhh...

perlawanan2 lain bolehla kita kira sebagai draw je sebab saya takde keputusan perlawanan la. P/s Gie punya game tanak kira ke? aisehh...lain kali kira sendiri, tulis result sendiri di kertas yang telah disediakan.

Kategori pemain paling meningkat : DrSyariena. Mungkin menggunakan kuasa kipas sakti Doraemon untuk melakukan jumping smash (nasib baik court tak retak). Tapi apapun, tahniah kepada DrSyariena kerana telah berjaya memajukan diri. Tingkatkan lagi diri anda..eh permainan anda.

SAYA BAGI PIHAK BESTNYER RACKET CLUB, INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT HARI JADI KEPADA EN JIBAM SEKELUARGA KERANA BERJAYA MENYAMBUT HARI JADI YANG KE 19 PADA HARI INI. BILA LAGI EH HARI JADI JIBAM NI??

Sekian, Selamat maju jaya kepada sukan #Bestnyer.

Tuesday, May 12, 2009

LAPORAN, SELASA 12 MEI 2009

Perlawanan Piala Thermos antara pemain bestnyer telah berlangsung sekali lagi, kali ini di gelanggang Ampang Sports Planet. Hampir kesemua pemain bestnyer hadir, kecuali Wanie (ada interview keesokan harinya, so nak tido awal) dan Gie (anak dia demam daaaa). Honey_jzi juga hadir setelah balik kampung pada sessi sebelumnya.

Perlawanan yang bermula jam 8.00 malam telah disaksikan hampir 30,000 penyokong tetap dan tidak tetap. Semut dan lipas juga sama-sama memberi sokongan kepada pemain2 bestnyer dalam perebutan Piala Thermos kali ini.

Ok, cukuplah dengan mukaddimah tu. Tak sabo rasanya nak beri laporan yang jujur, tepat dan jitu mengenai perlawanan.

Perlawanan yang menjadi tumpuan adalah seerti minggu sudah juga, iaitu bergu lelaki antara De Zams menentang freemen - monsty. Perlawanan kali ini lebih sengit setelah monsty mendapat sokongan jitu dari luar gelanggang (honey_jzi dah balik, jadi umpire dan memberi lebih semangat, naik 25%). Setelah bertarung selama lebih kurang 135 min 15 saat, perlawanan kali ini menjadi milik freemen - monsty, iaitu bergu old timer kita. De zams berjaya mencuri kemenangan pada set pertama tetapi itu sebenarnya adalah taktik pasangan freemen - monsty. Dipercayai pasangan De Zams akan lebih bersemangat setelah menang set pertama dan akan memberi tentangan lebih kuat di set berikutnya. Tetapi, dengan kesungguhan dan kehenseman yang tahap gaban, pasangan freemen - monsty berjaya menang set kedua, dan seterusnya menang set penentuan. Ini dipercayai kerana faktor gelanggang yang bertukar di saat akhir. Selain itu, faktor cuaca juga memainkan peranan kerana ketika itu hujan turun dengan lebat, menandakan pasangan bergu no 1 bestnyer iaitu De Zams akan hanyut di bawa arus kebangkitan pasangan old timer. Memang old timer ni langsung tak main tipu, takde jampi2, takde main psikologi seme ni. Pendek kata...segalanya menjadi lah..

Perlawanan lain-lain adalah antara Dato Mansor dengan Kool. Adalah dipercayai, Dato Mansor telah menang kali ini dari melihatkan gaya dan corak permainan ala-ala Peter Gade yang amatlah taktikal. Boleh lah juga kalau saya katakan di sini bahawa Dato Mansor telah menang bergaya dalam acara single.

Acara bergu campuran pula (bergu wanita tak boleh main pasal tak cukup player, ada 3 org je awek) adalah amat sengit sekali kerana faktor-faktor gelak tawa dan aksi-aksi kelakar dari pemain2. Walaupun begitu, siapa yang menang tetap menjadi satu misteri kerana tiada keputusan perlawanan di tangan saya. Ohh maafkan saya. Keputusan telahpun berada di tangan saya sekarang. (CNN baru email..slow la CNN ni)
Dato Mansor - eirya menang mengalahkan Kool- honey_jzi. Sebab2 kemenangan adalah kerana ketiadaan gangguan dari penyokong dan para semut dan lipas, yang mungkin menjejaskan tumpuan Dato Mansor. Dato Mansor mungkin tidak takut gangguan seperti itu, tetapi Eirya AMAT TAKUT.

Lain kali, saya akan bawa kertas dan membuat catatan perlawan dan keputusan dan akan saya muatkan di dalam laporan harian saya.

Sekian, terimalah dengan hati terbuka bahawa setiap yang menang adalah JUARA. Juara tetap bergelar sebagai juara dan kepada yang tewas, hendaklah menerima dengan hati terbuka. Lain kali cuba lagi.

Majulah Sukan Untuk Bestnyer

Sunday, May 10, 2009

BERITA SENSASI 2

Man Utd telah berjaya memperkotak katikkan Man City yang sememangnya katik2 belaka dalam perlawanan EPL malam tadi. Gol2 sumbangan Ronaldo dan Tevez dalam separuh masa pertama telah menggegarkan hati dan perasaan pemain2 Arsenal, silap Man City dan walaupun mereka sepertinya mengusai bola, tetapi tetap GAGAL (mcm Arsenal la jugak).

Dengan itu, walaupun LiverFOOL menang ketika melawan West Ham dengan Gerrard menjadi wira, (konon2 je tu) Man Utd tetap tidak terjejas dalam usaha mempertahankan kejuaraan EPL, yang semakin hampir dan pasti utk dimenangi.

Keputusan Terkini EPL
Man Utd 2 - 0 Man City
Liverpool menang - Kalah West Ham
Arsenal 1 - 4 Chelsea

Sekian, Laporan Saya Untuk EPL kali ini. Majulah Sukan Untuk Man Utd dan BestnyerRacketClub

Saturday, May 9, 2009

Sabtu, 9 Mei 2009

Game kali ini, seperti biasa telah berlangsung di Pro One Indoor Court, Wangsa Maju. Pasukan2 dari seluruh dunia telah mengambil bahagian dan pasukan Bestnyer telah berjaya menjadi johan dalam pertandingan Piala Thermos. dengan kekuatan hampir penuh, kecuali ketidak hadiran seorang pemain pompuan iaitu honey_jzi yang telah balik kampung kerana menyambut mother's day bersama keluarga (rindu mama katanya).

Perlawanan yang menjadi perhatian adalah perlawanan akhir bergu lelaki antara zam K - zam B melawan monsty - freemen yang berlanjutan selama 120 min. Perlawanan ini sebenarnya berat sebelah kerana ketidak hadiran honey_jzi iaitu umpire bertauliah, dan secara tidak langsung menjejaskan tumpuan monsty yang terpaksa mengira sendiri mata. Pasangan zam K - zam B juga banyak mencuri mata melalui pukulan2 tipu yang menyebabkan pasangan old timer monsty - freemen memberi kemenangan di set penentuan. Zam K juga mencuri mata-mata berharga dengan membiarkan rambutnya tidak ikat atau disanggul, dan membuatkan freemen - monsty kekurangan oksigen (rambut panjang perlu extra 20% oksigen). memang banyak punca kemenangan De Zams ni sebenarnya.

Walau apapun..diharap pada perlawanan selanjutnya yg bakal diadakan di gelanggang ampang sports planet hari selasa ini, pasangan monsty - freemen akan melakukan yang lebih baik, terutama monsty yang akan disokong dari luar court oleh honey_jzi. Ini akan memberikan impak maksima kerana selama ini pasangan De Zams mendapat sokongan padu dari isteri masing2. Tak adil sangat ni sebenarnya.

Lain-lain keputusan, Kool mendahului Dato mansor dalam single pertama dengan 3 mata sebelum perlawan dihentikan kerana tidak cukup masa. (Nak cover jek...uncle dah penat tu sebenarnya, saje je cakap tak cukup masa). Dijangka hari selasa ini akan menjadi penentuan kepada siapa yang akan menjadi bahan.

Pemain wanita pula menunjukkan peningkatan dalam berjaya mengurangkan gelak ketawa ketika bermain. ini dapat mengelakkan urat perut dari putus atau mereka mendapat kecederaan sembelit.

sekian, Laporan saya untuk kali ini. Majulah sukan untuk BestnyerRacketClub

Tuesday, May 5, 2009

BERITA SENSASI

Man Utd dengan bangganya dan teramatlah cunnya telah memperkotak katikkan Arsenal di Emirates (kandang Arsenal sendiri) 3 - 1 malam tadi. 2 gol jaringan Ronaldo, yang pertama satu tendangan percuma dari jarak yang mustahil pada semua pemain (kecuali dia sahaja) telah menggegarkan gawang Almunia. Park Ji sung telah membuka jaringan pertama, hasil kelembikkan kaki Kieran Gibbs (lain kali jgn letak budak 18 tahun kalau lawan Man Utd) dan membuat satu lob yang menewaskan Almunia.

Kata-kata Arsene Wenger yang dengan bingainya sebelum perlawanan bahawa pasukannya akan melangkah ke akhir rupanya hanyalah sekadar cakap-cakap dalam mimpi. Tetapi sekali lagi Ronaldo melengkapkan mimpi ngeri Arsenal ketika saingan berada di kemuncaknya. Lebih dasat, apabila Arsenal tidak mampu melakukan apa-apa walaupun Darren Fletcher dibuang padang untuk satu kesalahan yang amatlah minima. Nampak walaupun referee nak pedajal MU, MU tetap HEBAT.

Sekian, laporan saya untuk kali ini.

Glory Glory Man Utd~!

keputusan penuh
Arsenal 1 - Man Utd 3
(agg 4 - 1 MU menang BESAR)

Saturday, May 2, 2009

Sabtu, 2 Mei 2009

game di wangsa maju kali ini, ramai yang ponteng. kedua-dua ZAM bersama keluarga takde kerana balik kampung. Eirya juga tidak hadir, mungkin kerana penat berkawat di pagi hari. Tapi apa pun, program tetap berjalan dengan kehadiran tomen yang telah bebas dari kesibukan kerja. LoLo juga tidak hadir kerana kegagalan mencari pengganti di opis, maklumlah seorang pekerja beliau sudah berhenti.

Kehadiran:
  1. Jibam
  2. KooL
  3. freemen`
  4. tomen
  5. monsty
  6. Dato Mansor
  7. Drsyariena
  8. honey_jzi