Tuesday, May 12, 2009

LAPORAN, SELASA 12 MEI 2009

Perlawanan Piala Thermos antara pemain bestnyer telah berlangsung sekali lagi, kali ini di gelanggang Ampang Sports Planet. Hampir kesemua pemain bestnyer hadir, kecuali Wanie (ada interview keesokan harinya, so nak tido awal) dan Gie (anak dia demam daaaa). Honey_jzi juga hadir setelah balik kampung pada sessi sebelumnya.

Perlawanan yang bermula jam 8.00 malam telah disaksikan hampir 30,000 penyokong tetap dan tidak tetap. Semut dan lipas juga sama-sama memberi sokongan kepada pemain2 bestnyer dalam perebutan Piala Thermos kali ini.

Ok, cukuplah dengan mukaddimah tu. Tak sabo rasanya nak beri laporan yang jujur, tepat dan jitu mengenai perlawanan.

Perlawanan yang menjadi tumpuan adalah seerti minggu sudah juga, iaitu bergu lelaki antara De Zams menentang freemen - monsty. Perlawanan kali ini lebih sengit setelah monsty mendapat sokongan jitu dari luar gelanggang (honey_jzi dah balik, jadi umpire dan memberi lebih semangat, naik 25%). Setelah bertarung selama lebih kurang 135 min 15 saat, perlawanan kali ini menjadi milik freemen - monsty, iaitu bergu old timer kita. De zams berjaya mencuri kemenangan pada set pertama tetapi itu sebenarnya adalah taktik pasangan freemen - monsty. Dipercayai pasangan De Zams akan lebih bersemangat setelah menang set pertama dan akan memberi tentangan lebih kuat di set berikutnya. Tetapi, dengan kesungguhan dan kehenseman yang tahap gaban, pasangan freemen - monsty berjaya menang set kedua, dan seterusnya menang set penentuan. Ini dipercayai kerana faktor gelanggang yang bertukar di saat akhir. Selain itu, faktor cuaca juga memainkan peranan kerana ketika itu hujan turun dengan lebat, menandakan pasangan bergu no 1 bestnyer iaitu De Zams akan hanyut di bawa arus kebangkitan pasangan old timer. Memang old timer ni langsung tak main tipu, takde jampi2, takde main psikologi seme ni. Pendek kata...segalanya menjadi lah..

Perlawanan lain-lain adalah antara Dato Mansor dengan Kool. Adalah dipercayai, Dato Mansor telah menang kali ini dari melihatkan gaya dan corak permainan ala-ala Peter Gade yang amatlah taktikal. Boleh lah juga kalau saya katakan di sini bahawa Dato Mansor telah menang bergaya dalam acara single.

Acara bergu campuran pula (bergu wanita tak boleh main pasal tak cukup player, ada 3 org je awek) adalah amat sengit sekali kerana faktor-faktor gelak tawa dan aksi-aksi kelakar dari pemain2. Walaupun begitu, siapa yang menang tetap menjadi satu misteri kerana tiada keputusan perlawanan di tangan saya. Ohh maafkan saya. Keputusan telahpun berada di tangan saya sekarang. (CNN baru email..slow la CNN ni)
Dato Mansor - eirya menang mengalahkan Kool- honey_jzi. Sebab2 kemenangan adalah kerana ketiadaan gangguan dari penyokong dan para semut dan lipas, yang mungkin menjejaskan tumpuan Dato Mansor. Dato Mansor mungkin tidak takut gangguan seperti itu, tetapi Eirya AMAT TAKUT.

Lain kali, saya akan bawa kertas dan membuat catatan perlawan dan keputusan dan akan saya muatkan di dalam laporan harian saya.

Sekian, terimalah dengan hati terbuka bahawa setiap yang menang adalah JUARA. Juara tetap bergelar sebagai juara dan kepada yang tewas, hendaklah menerima dengan hati terbuka. Lain kali cuba lagi.

Majulah Sukan Untuk Bestnyer

2 comments:

  1. buat raktat yg lalu lalang kat cni...old timer hanya baru pertama kali menang...wakakakaka
    kemenangan yg mereka kecapi ini merupakan kemenangan EHSAN yg telah diberikan oleh pihak De Zams...lepas nih jgn har leh menangzzz...ahakssss

    -penyokong setia de zams-

    ReplyDelete
  2. HAHAHAHAHA....adakah dendam akan terbalas hari sabtu ni?? kita tunggu dan lihatttt.
    tanpa Zam B, JiBam akan partner dgn zam K. Gaya permainan yang asing sedikit kepada old timers...hahahahah. Kita sama2 saksikannnnn

    -penyokong setia old timers

    ReplyDelete